PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA
MALAYSIAN TOWN & COUNTRY PLANNING OFFICERS ASSOCIATION
1
 
LAMAN UTAMA
MENGENAI KAMI
JAWATANKUASA
BIRO
AKTIVITI
KEAHLIAN
HUBUNGI KAMI
A K T I V I T I
 
 
12.11.2013
2013 World Town Planning Day International Conference’
 
Program penganjuran bersama antara PERSADA dan JPBD Semenanjung Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Program yang dihadiri oleh seramai 350 peserta meliputi sesi pembentangan  kertas kerja (pagi) dan sesi `CityTalk’ (petang).  Senarai pembentang dan tajuk kertas kerja adalah seperti berikut :
  • Kertas Kerja 1  -Cities of Tomorrow : Challenges, Visions and Ways Forward oleh  His Excellency Luc Vandebon, Ambassador & Head of Delegation of  the European Union to Malaysia
  • Kertas Kerja 2  - Future City Solutions: Singapore’s Experience
    oleh Miss Limin Hee, Executive Director, Centre for Liveable Cities, Singapore
  • Kertas Kerja 3 -  Urbanisation and Mental Health :  Planning for Healthy Communities oleh Dr. Abdul Kadir bin Abu Bakar,
    President, Malaysian Psychiatric Association, Malaysia

Bagi sesi `CityTalk’, ia dianjur khusus bagi membincangkan tajuk berkaitan `Thinking, Planning And Acting Together  For The Future Of Our Cities’. Sesi ini dipengerusikan oleh Professor Emeritus Dr. Ismawi Hj. Zen, daripada International Islamic University, Malaysia dan membariskan 5 ahli panel seperti berikut:

  • YBhg. Dato’ Hj. Mohd Jaafar bin Hj. Mohd Atan, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam (perspektif pengurus bandar)
  • En. Sam C. S. Tan,  Group Managing Director  dan Executive Director Ken Holdings Berhad (perspektif pemaju perumahan)
  • En. Rehman Rashid, Penulis dan Pengarang Buku (perspektif pihak awam)
  • Puan Wan Zaleha Radzi, Broadcaster dan Usahawan  (perspektif wanita)
  • Cik Nia Ezora Borhannudin, pelajar Help University (perspektif remaja)

Penganjuran kedua-dua sesi di atas pada umumnya berjayamemberi kesedaran kepada perancang dan pengurus-pengurus bandar mengenai tanggungjawab dan kepentingan untuk membangunkan bandar-bandar masa depan di Malaysia  secara mampan bagi menjamin kesejahteraan kepada komuniti. Bagi merealisasi konsep dan inisiatif `sustainable future cities’ dalam perancangan dan pembangunan bandar di  Malaysia, semua pihak perlu berganding bahu membangunkan model yang sesuai untuk  Bandar Sejahtera Malaysia pada masa depan

 
[foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
 
1
Copyright © 2014.All rights reserved. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia