PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA
MALAYSIAN TOWN & COUNTRY PLANNING OFFICERS ASSOCIATION
1
 
LAMAN UTAMA
MENGENAI KAMI
JAWATANKUASA
BIRO
AKTIVITI
KEAHLIAN
HUBUNGI KAMI
A K T I V I T I
 
 
12.11.2013
2013 World Town Planning Day International Conference’
 
Program penganjuran bersama antara PERSADA dan JPBD Semenanjung Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Program yang dihadiri oleh seramai 350 peserta meliputi sesi pembentangan  kertas kerja (pagi) dan sesi `CityTalk’ (petang).  Senarai pembentang dan tajuk kertas kerja adalah seperti berikut :
  • Kertas Kerja 1  -Cities of Tomorrow : Challenges, Visions and Ways Forward oleh  His Excellency Luc Vandebon, Ambassador & Head of Delegation of  the European Union to Malaysia
  • Kertas Kerja 2  - Future City Solutions: Singapore’s Experience
    oleh Miss Limin Hee, Executive Director, Centre for Liveable Cities, Singapore
  • Kertas Kerja 3 -  Urbanisation and Mental Health :  Planning for Healthy Communities oleh Dr. Abdul Kadir bin Abu Bakar,
    President, Malaysian Psychiatric Association, Malaysia

Bagi sesi `CityTalk’, ia dianjur khusus bagi membincangkan tajuk berkaitan `Thinking, Planning And Acting Together  For The Future Of Our Cities’. Sesi ini dipengerusikan oleh Professor Emeritus Dr. Ismawi Hj. Zen, daripada International Islamic University, Malaysia dan membariskan 5 ahli panel seperti berikut:

  • YBhg. Dato’ Hj. Mohd Jaafar bin Hj. Mohd Atan, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam (perspektif pengurus bandar)
  • En. Sam C. S. Tan,  Group Managing Director  dan Executive Director Ken Holdings Berhad (perspektif pemaju perumahan)
  • En. Rehman Rashid, Penulis dan Pengarang Buku (perspektif pihak awam)
  • Puan Wan Zaleha Radzi, Broadcaster dan Usahawan  (perspektif wanita)
  • Cik Nia Ezora Borhannudin, pelajar Help University (perspektif remaja)

Penganjuran kedua-dua sesi di atas pada umumnya berjayamemberi kesedaran kepada perancang dan pengurus-pengurus bandar mengenai tanggungjawab dan kepentingan untuk membangunkan bandar-bandar masa depan di Malaysia  secara mampan bagi menjamin kesejahteraan kepada komuniti. Bagi merealisasi konsep dan inisiatif `sustainable future cities’ dalam perancangan dan pembangunan bandar di  Malaysia, semua pihak perlu berganding bahu membangunkan model yang sesuai untuk  Bandar Sejahtera Malaysia pada masa depan

 
[foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
1
1
 
 
12.09.2013
Perjumpaan Ahli Jawatankuasa PERSADA bersama dengan Majlis Bersama Kebangsaan
 
Pihak Ahli Jawatankuasa PERSADA telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama dengan pihak Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama serta kesepakatan faedah bersama dalam hal-hal kebajikan ahli-ahli pada 12 September 2013 yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 20, JPBD Semenanjung Malaysia, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) diwujudkan sebagai satu forum bagi Pihak Pekerja dan Pihak Pegawai untuk membincangkan soal Gaji, Elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan secara keseluruhan.

Hasil dari perjumpaan berkenaan dicadangkan pihak PERSADA bergabung bersama Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional dalam usaha memartabatkan profesion Perancang Bandar dalam aspek kenaikan pangkat, kebajikan, elaun-elaun dan sebagainya.

Permohonan penggabungan ini akan dibuat kepada Pengarah Bahagian Persaraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 
 
1
1
 
 
22.05.2013
Penganjuran `Town Planning Expert 2013’ – Bertemakan `Exploring the Future Cities’
 
Program penganjuran bersama antara PERSADA dan JPBD Semenanjung Malaysia (Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan) telah diadakan pada 22 Mei 2013 di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.  Ia dihadiri oleh seramai 250 peserta dengan pembentangan empat (4) kertas kerja seperti berikut:

Pembentangan 1  -Future City Initiative – Japanese Effort oleh Ms. Junko Inokuma, Deputy Director-General, Regional Revitalization Bureau, Cabinet Secretariat, Government of Japan

Pembentangan 2 - Smart City Development : Experience Of Fujisawa Sustainable Smart Town oleh Mr. Tsukasa Kaneko,              Manager, Comprehensive Solution Division, Eco Solutions Company,  Panasonic Corporation, Japan

Pembentangan 3 - Sustainability And Urban Design: Strategies For Future Cities oleh  Mr. Karsten Vollmer, Partner, Foster + Partners, London

Pembentangan 4 : Commentary - The Significance Of  Implementing Future Cities Concept And Initiative In Malaysian Urban Development Process oleh Dr. Junichi  Fujino, National Institute for Environmental Studies (NIES), Japan.

Penganjuran program di atas bertujuan memperkenalkan konsep dan inisiatif `Future Cities’yang menjadi tren dan pendekatan kontemporari dalam proses perancangan dan pembangunan bandar di negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan Eropah. Konsep dan inisiatif Future Cities adalah untuk mengurangkan kesan dari fenomena perubahan iklim dan pemanasan global di samping mengatasi isu-isu  alam sekitar setempat, bencana alam, peningkatan penggunaan sumber tenaga dan air, pertumbuhan penduduk, urban sprawl dan pembangunan pesat di kawasan perbandaran

 
 
 
1
1
 
[ke aktiviti-aktiviti terkini]
 
1
Copyright © 2014.All rights reserved. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia