LAMAN UTAMA
   Berita
   Perutusan Presiden
MENGENAI KAMI
JAWATANKUASA
BIRO
AKTIVITI
KEAHLIAN
HUBUNGI KAMI
B E R I T A
 
12.03.2015
1

1
 
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA (PERSADA) KALI KE XX 
1
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-20 pada 12 Mac 2015 jam 8.30 pagi bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Ybhg. Datin Paduka Dr. Dahlia binti Rosly yang juga merangkap Penaung PERSADA.

AGM kali ini dihadiri lebih 90 orang ahli dan telah menyaksikan perlantikan barisan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2015-2017. Tuan Haji Lokman bin Omar (Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Perbandaran Seremban) telah dipilih sebagai presiden PERSADA yang baharu bagi menggantikan Tuan Haji Mohd Anuar bin Maidin (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu). AGM kali ini juga telah membariskan 5 muka baru sebagai AJK dan mengekalkan 4 muka lama.

 
[foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
1
 
 
12.03.2015
1

1
 
City Talk 2015
1
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) telah menganjurkan satu program City Talk bersama YBhg. Datuk Dr. Goh Ban Lee (Senior Research Fellow, Penang Institute) pada 12 Mac 2015 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Program ini dianjurkan bersempena dengan AGM PERSADA kali ke-20 dan telah dihadiri lebih daripada 100 orang peserta. Program bertajuk 'Urban Planning : Neglected Agendas and Some Thoughts Toward Sustainable City' ini memberi peluang kepada peserta untuk berdialog dan bertukar-tukar fikiran berkaitan isu-isu semasa perancangan bersama ahli panel.
 
 
[sebahagian foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
 
1
 
 
11.03.2015
1

1
 
Majlis Makan Malam PERSADA 2015
1
Bersempena dengan PERSADA City Talk dan AGM 2015, PERSADA telah menganjurkan majlis makan malam tahunan yang telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 11 Mac 2015. Seramai hampir 50 ahli telah menyertai majlis ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran penaung PERSADA, Ybhg. Datin Paduka Dr. Dahlia binti Rosly. Pada majlis ini juga, PERSADA telah meraikan 4 ahlinya yang bakal bersara pada tahun 2015.
 
 
[sebahagian foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
 
1
 
 
08.01.2015
1
MISI PRIHATIN JPBD : BANJIR 2014
1
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Perancang Bandar Malaysia (KESPERB), PERSADA dan PPPPB telah menganjurkan “MISI PRIHATIN JPBD”bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir terutama di Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. “MISI PRIHATIN JPBD” telah menghantar sumbangan yang pertama pada 31 Disember 2014 di Negeri Kelantan, 7 Januari 2015 di Negeri Pahang dan 8 Januari 2014 di Negeri Terengganu.

 

 
 
 
1
 
 
 
28.12.2014
1

1
 
PERSADA DeKinabalu Trip 2014
1
Catatan ketua Ekspedisi : Mr Talip Rahman

Ilham saya untuk menulis sesuatu artikel adalah terlalu subjektif. Entah kali ini agak malas menyusun bait-bait ayat, malah jauh sekali melakar peta mental sebagai draf sebelum sesuatu penulisan dikarang. Penulisan kali ini juga tidak menyediakan kerangka sebagai panduan penulisan agar saya tidak melencong jauh. Tapi, tak apalah, cukup sekadar ada sedikit untuk tatapan kalian.

PERSADA telah menganjurkan beberapa program bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia, 2014. Salah satu program tersebut adalah misi menawan puncak kinabalu. Boleh dikatakan pada mulanya, ramai rakan-rakan berminat untuk menyertainya, dan ada yang menyimpan hasrat untuk mendaki bersama. Syabas! Penyertaan dibuka sekitar Mei 2014, tetapi, penyertaan yang agak ramai diawal promosi semakin berkurang bila menghampiri tarikh pendakian. Daripada sembilan penyertaan, hanya dua orang peserta dari kumpulan tersebut yang tinggal. Detik getir saya laluinya dengan sabar. Akhirnya trip yang sepatutnya dijalankan pada 5 hingga 9 Disember 2014 terpaksa dibatalkan.

Dua orang peserta yang tinggal saya gabungkan bersama kumpulan dari Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) seramai 16 orang dan trip ini dinamakan sebagai Dekinabalu Trip 2014 anjuran bersama PERSADA dan Local Agenda 21 MPKK bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014 yang dijalankan pada 23 hingga 27 Disember 2014. Alhamdulillah, ianya dipersetujui oleh pihak atasan.

Misi menawan puncak kinabalu kali ini agak sedikit goyah apabila lebih daripada separuh peserta tidak menjalankan latihan intensif mahupun sebarang aktiviti sukan bagi menguatkan fizikal atau persediaan sebelum mendaki. Akibatnya, saya sendiri mengalami kecederaan yang tidak dijangka dan ianya agak serius pada satu tahap apabila kedua-dua lutut dan pegelangan kaki saya sakit dan terasa kebas apabila berada di aras ketinggian lebih 3,000 meter terutama apabila melalui Pondok Layang-Layang.

Sebelum pendakian bermula pada 24 Disember 2014, sarapan pagi telah disediakan di Restoran Balsam, Kinabalu Park. Untuk pengetahuan semua, kali ini pakej pendakian mewajibkan peserta untuk menginap di dalam kawasan Kinabalu Park. Makan tengah hari, makan malam pada 23hb, sarapan pagi pada hari kedua adalah termasuk dalam pakej. Sebab itulah, harga pakej kali ini mahal sedikit berbanding tahun-tahun sebelum.

Setelah mengalas perut, kami seramai 18 orang dari pelbagai latar belakang menuju ke pintu pendakian iaitu Timpohon Gate sekitar jam 8.30 pagi. Taklimat ringkas di berikan oleh mountain guide kami iaitu En. Abdul Hanin. Seperti biasa, peserta perlu melalui Summit Trail yang lebih mudah berbanding Mesilau. Kami memulakan pendakian dari aras 1,830 meter (Timpohon Gate) dan perlu sampai ke Gunting Lagadan di mana tempat menginap kami pada hari itu sebelum malam. Alhamdulillah, cuaca menyebelahi kami, tiada hujan mahupun panas terik.

Pada mulanya, ramai yang teruja kerana kali pertama menjejak kaki di sini. Sekitar jam 8.40 pagi, setelah doa dibacakan oleh saudara Rahim kami memulakan langkah. Kumpulan kami terpisah, ada yang bergerak pantas dan ada juga yang bergerak secara santai. Kali ini, saya dan beberapa orang yang lain, bergerak agak perlahan kerana kaki sudah pun terasa sakit. Langkah semakin perlahan apabila memulakan pendakian setelah berehat di setiap pondok yang dilalui.

Semasa dalam perjalanan, kumpulan pertama telah sampai di Laban Rata, iaitu restoran untuk makan malam dan juga tempatan penginapan peserta. Mereka adalah pasangan suami isteri Zuraida (MPKK) dan Fairus, daripada masej yang diterima, mereka sampai seawal 1.07 petang. Seterusnya, dan diikuti 3 orang yang lain Badrulhisham (MPKK), Yusri (MPKK), dan Khairi (MPSPK). Keluarga Tuan Haji Yazid (TM Berhad) bersama isteri (Hjh Ishahani) dan anak kembarnya (Hakim dan Hadi). Dan akhirnya barulah saya dan beberapa yang lain sampai sekitar 4.30 petang. Kami terpaksa mengambil makan malam awal kerana, penginapan kami jauh sedikit daripada Laban Rata iaitu 5 hingga 10 minit mendaki iaitu Gunting Lagadan. Saya difahamkan, Hakim dan Hadi telah mengalami muntah-muntah dan sakit kepala, dan saya percaya mereka mengalami AMS. Saya meminta supaya mereka mengambil ubat dan berehat sebelum pendakian pagi esok. Alhamdulillah, mereka berdua sama-sama peserta lain meneruskan misi menawan puncak keesokan paginya.

Kesokan paginya, sebelum meneruskan penadakian, seperti biasa doa dibacakan bagi meminta perlindungan daripada mala petaka bahaya serta cuaca buruk oleh Saudara Rahim setelah sedikit taklimat keselamatan yang disampaikan oleh En Ishak (pembantu En. Hasnin). Perjalanan bermula sekitar 2.40 pagi, dan kami merupakan kumpulan terakhir memulakan perjalanan. Peserta perlu tiba dipuncak sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi. Ini membolehkan peserta merakam pergerakan arora cahaya matahari sewaktu terbit fajar.

Setelah mendaki tangga yang sangat tinggi (700 meter pertama), peserta tiba di kawasan berbatu granit yang berbentuk gerigi. Kali ini tiupan angin sangat kuat dan kerap berbanding trip tahun lepas (2013). Ini menyukarkan lagi penafasan sesetengah peserta ditambah pula suhu yang agak rendah iaitu sekitar 7oc. Mulai dari aras ini, peserta perlu memegang tali yang disediakan. Ini sangat penting kerana, kawasan tersebut sangat curam dan mereka tidak tahu keadaan sekeliling kerana keadaan masih gelap.

Pondok terakhir adalah Sayat-Sayat (3,810 meter). Ini merupakan pintu check point sebelum pendakian ke Low’s Peak. Kumpulan kami sampai di pondok ini sekitar jam 4.00 dan 5.00 pagi. Selepas pondok ini, peserta berjalan dengan berhati-hati kerana tiupan angin yang kuat dan jalan batu granit yang licin. Dari jauh, kelihatan bayangan South Peak, Donkey’s Ears dan beberapa lagi puncak yang saya sediri sudah lupa namanya. Beberapa peserta lain mengambil kesempatan solat subuh apabila sampai di satu dataran yang luas dan terdapat beberapa takungan air untuk berwuduk.

Dengan berbekal tenaga yang berbaki, kami meneruskan perjalanan pendakian sehingga ke Low’s Peak iaitu puncak tertinggi Gunung Kinabalu (4,095.2 meter). Akhirnya, perjalanan kami sampai ke destinasi di tuju sekitar jam 6.00 pagi. Alhamdulillah. Suhu ketika ini adalah 4oc. Malangnya, disebabkan kabus dan awan yang tebal, kami tidak dapat merakamkan detik-detik matahari naik. Cuma yang sempat adalah beberapa keping kenangan yang sempat dirakam melalui kamera telefon pintar.

Semoga ekspedisi seperti ini dapat diteruskan lagi bukan sahaja untuk menguji ketahanan fizikal malah ianya dapat mengajar kita erti kesabaran, tidak berputus asa, menanam semangat dan jiwa yang kental serta mewujudkan semangat berpasukan yang utuh yang perlu ada di dalam diri kita bagi menempuh perjalanan hidup yang penuh mencabar.

 

 
 
1
1
 
 
 
11.12.2014
1

 
TAHNIAH kepada Penaung PERSADA!
1
Dr. Dahlia binti Rosly, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia yang juga penaung kepada PERSADA telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datin Paduka' bersempena hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-69 pada 11 Disember 2014. Presiden dan seluruh warga PERSADA mengucapkan jutaan tahniah kepada Datin Paduka Dr. Dahlia binti Rosly di atas penganugerahan ini.
 
 
 
1
 
 
01.11.2014
1
 
SEREMBAN Urban Trail 2014
1
Bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2014 yang bertemakan `Social Urbanism : Equitable Urban Development' , JPBD Semenanjung Malaysia bersama dengan JPBD Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) telah menganjurkan program `SEREMBAN URBAN TRAIL 2014' pada 1 November 2014 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Pemenang pertandingan ini adalah seperti berikut :

Tempat Pertama (RM1,500) - Kumpulan OSC MBJB

Tempat Kedua (RM1,000)      - Kumpulan Hide N Seek

Tempat ketiga (RM700)         - Kumpulan UNITED 1

 

20 pemenang Saguhati

  1. MRSM J 98-99

  2. FIT JPBDM

  3. Biso Bona Fide

  4. UTM 7

  5. Syndicated People

  6. MPS – JPICT KB

  7. KMS08

  8. KMS07

  9. Aidan 2

  10. MOR 02

  11. Apex Team

  12. Pejalan Kaki Tegar

  13. JKR Rembau

  14. UTM 1

  15. Pasukan 1

  16. Pretty Tough

  17. ILKAP A

  18. KMS 04

  19. Teraju Tigo

  20. Southern Boy

[Lebih banyak gambar di jpbd picture fb]
 
1
1
1
1
 
 
30.09.2014
Ceramah Agama sempena Mesyuarat Pegawai kanan kali ke-28
1
Bersempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar kali ke-28, PERSADA telah menganjurkan satu sesi ceramah agama bertajuk 'Perancang Bandar Pencetus Kesejahteraan Dari Perspektif Islam. Ceramah yang telah berlangsung pada 30 September 2014 bertempat di Hotel Awana Genting Highland itu disampaikan oleh Ustaz Hj. Mahmud bin Hj. Mat.
 
 
 
1
1
1
 
 
13.08.2014
Majlis Makan Malam PERSADA : Eid With Gaza
1
Bersempena dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perancang Bandar dan Desa J44 & J41 Tahun 2014, PERSADA dengan kerjasama JPBDSM telah menganjurkan satu majlis makan malam para peserta mesyuarat bersama penaung PERSADA, Ybhg. Dr. Dahlia Rosly. Majlis Makan Malam yang bertemakan Eid With Gaza ini turut sama disertai wakil Aqsa Sharif iaitu sebuah pertubuhan NGO yang berperanan menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin terutamanya di Gaza. Sebanyak hampir RM1 ribu berjaya dikumpulkan pada malam tersebut.

Para peserta mesyuarat yang majoritinya adalah ahli PERSADA turut sama menggayakan pakaian bertemakan Gaza pada malam itu. Sebanyak tiga buah kumpulan telah mempersembahkan pentomin bertemakan kesengsaraan rakyat Gaza.

 
 
1
1
 
 
12.08.2014
MESYUARAT PEGAWAI PERANCANG J44-J41
1
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa J44-J41 Kali Ke-4 Tahun 2014 di Hotel Syuen, Ipoh pada 11 hingga 14 Ogos 2014. Mesyuarat ini disertai oleh pegawai-pegawai perancang bandar dan desa gred J41-J44 dari JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai-pegawai OSC dari semua PBT di Malaysia. Mesyuarat ini juga merupakan satu platform perkongsian ilmu dan pengalaman di antara para pegawai. Tema bagi mesyuarat ini ialah Urban Revitalization Through Brownfield Development.
 
 
1
1
 
 
17.06.2014
Sesi Dialog Silaturrahim PERSADA - Zon Tengah
1
Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon tengah telah diadakan pada 17 Jun 2014 bertempat di JPBD Negeri Selangor, Shah Alam. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari bahagian-bahagian Ibu Pejabat JPBDSM, JPBD Negeri Selangor dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Presiden PERSADA. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.
 
 
 
1
1
 
 
19.03.2014
Pelancaran Laman Web PERSADA Yang Baru
1
Bersempena dengan Mesyuarat Agung PERSADA kali ke-19 pada 19 Mac 2014 yang lalu, Ketua Pengarah JPBDSM, Ybhg. Dr. Dahlia binti Rosly sudi untuk melancarkan laman web PERSADA yang baru. Terima kasih diucapkan.
 
 
1
1
 
 
19.03.2014
Mesyuarat Agung PERSADA Kali Ke-XIX
1
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-19 pada 19 Mac 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Hotel Vivatel, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Ybhg. Dr. Dahlia binti Rosly yang juga merangkap Penaung PERSADA yang baharu.

Pada AGM kali ini, ahli PERSADA berpeluang untuk berdialog dengan wakil Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang merupakan wakil kepada persatuan-persatuan kumpulan pengurusan dan profesional dengan pihak JPA.

 
 
1
1
 
 
12.03.2014
Sesi Dialog Silaturrahim PERSADA - Zon Kelantan
1
Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon Negeri Kelantan telah diadakan pada 12 Mac 2014 bertempat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam. Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap JPBD Negeri Kelantan, URP Kota Bharu dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah JPBD Negeri Kelantan, Tn. Hj. Mohd. Fauzi bin Hj. Zain. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.
 
 
 
1
1
 
 
11.03.2014
Sesi Dialog Silaturrahim PERSADA - Zon Utara
1
Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon utara telah diadakan pada 11 Mac 2014 bertempat di Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Utara, Alor setar. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap PPZU dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah BRP Pejabat Projek Zon Utara, Tn. Hj. Syarif bin Che Din. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.
 
 
 
1
1
 
 
07.03.2014

Kunjungan Hormat PERSADA terhadap Penaung yang baharu

1
Presiden bersama barisan AJKnya telah melakukan sesi kunjungan hormat terhadap Ketua Pengarah JPBD Semenanjung, Ybhg. Dr. Dahlia binty Rosly pada 7 Mac 2014 yang lalu. Ybhg. Dr.Dahlia Rosly yang juga merupakan Penaung PERSADA yang baharu telah dapat meluangkan masa menerima kunjungan PERSADA dan menyatakan sokongan padu beliau kepada PERSADA dalam melaksanakan program-program yang telah direncanakan terutama dalam memartabatkan profesion
Pegawai Perancang bandar dan Desa Kerajaan.

Penaung PERSADA mengalu-alukan usaha PERSADA untuk memartabatkan profesion perancang bandar dan berjanji untuk membawa wakil PERSADA berjumpa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama kertas kerja yang akan dikemaskini dan diselarikan dengan dasar JPBDSM. Usaha PERSADA ini juga adalah selaras dengan perbincangan beliau dengan Tan Sri KSN.

 
 
[foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
1
1
 
 
06.03.2014
Sesi Dialog Silaturrahim PERSADA - Zon Selatan
1
Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon selatan telah diadakan pada 6 Mac 2014 bertempat di Majlis Perbandaran Seremban. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap JPBD Negeri dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah JPBD Negeri Sembilan, Pn. Kamariah bt Ibrahim. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.
 
 
 
1
1
 
 
05.03.2014
Sesi Dialog Silaturrahim PERSADA - Zon Timur
1
Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon timur (Terengganu & Pahang) telah diadakan pada 5 Mac 2014 bertempat di Majlis Perbandaran Kemaman. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap JPBD Negeri dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tn. Hj. Mustafar bin Khalid. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.
 
 
 
1
1
 
 
04.03.2014
Perlantikan KP JPBDSM yang baharu
1
Ybhg. Dr. Dahlia binti Rosly telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia yang baharu bagi menggantikan Ybhg. Datuk Fadzil bin Mohd Khir yang telah bersara wajib pada 25 Februari 2014.

Berikutan daripada perlantikan ini, secara automatik Ybhg. Dr. Dahlia binti Rosly juga telah bertindak sebagai penaung PERSADA yang baharu. Pihak PERSADA mengalu-alukan

perlantikan ini dan mengucapkan jutaan tahniah.

JPBDSM juga menerima dua orang Timbalan Ketua Pengarah yang baharu iaitu Dato' Dr. Dolbani Mijan sebagai TKP Perancangan dan Tn. Hj. Zainudin Ahamad sebagai TKP Pembangunan. Tahniah kepada ketiga-tiga pegawai tertinggi kita.

 
[foto oleh Jpbd Pictures]
 
 
1
1
 
 
25.02.2014
Persaraan Datuk KP JPBDSM
1
PERSADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Fadzil bin Mohd Khir yang juga Penaung PERSADA di atas segala sumbangan bakti beliau kepada bidang perancangan di Malaysia serta khususnya kepada kemajuan PERSADA. Datuk Mohd Fadzil telah menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan pada 25 Februari 2014 kerana bersara wajib.

Datuk Mohd Fadzil merupakan ahli Persada sejak ditubuhkan iaitu pada tahun 1991. Didoakan semoga Datuk diberi kesihatan yang baik yang berpanjangan agar dapat terus menabur bakti kepada bidang perancangan di Malaysia.

 
[foto oleh Azizi Sabu]
 
 
 
1
 
[ke aktiviti-aktiviti terdahulu]
 
 
1
Copyright © 2014.All rights reserved. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia