1
 
LAMAN UTAMA
   Berita
   Perutusan Presiden
MENGENAI KAMI
JAWATANKUASA
BIRO
AKTIVITI
KEAHLIAN
HUBUNGI KAMI
T E R K I N I
 
 
31.10.2015
1

1
 
Usaha Mendapatkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi Skim Perancang Bandar dan Desa
1

PERSADA pada hari ini bukan sahaja prihatin kepada isu-isu perancangan bandar di Malaysia, malahan lebih daripada itu. Melalui usaha-usaha yang dibuat oleh pegawai-pegawai perancang bandar ini sama ada yang berkhidmat di pejabat-pejabat persekutuan, negeri ataupun di Pihak Berkuasa Tempatan, negara telah mencapai tahap perbandaran yang sangat baik sekali. Dalam usaha-usaha merancang pembangunan inilah, banyak rintangan cabaran malah tidak kurang risiko-risiko berbahaya yang ditempuhi.

Oleh yang demikian, pihak persatuan telah berusaha beberapa tahun kebelakangan ini untuk mendapatkan perhatian kerajaan supaya skim perancangan bandar dan desa diiktiraf sebagai penerima BIPK. Melalui usaha ini, kertas kerja berkaitan yang disediakan oleh pihak PERSADA diserah kepada pihak-pihak berwajib terutama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD), pihak CUEPACS, pihak KPKT dan JPA. Terbaharu, PERSADA telah membentangkan cadangan ini kepada pihak Majlis Bersama Kebangsaan pada 31 Otober 2015. Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional Bil. 2 Tahun 2015 itu diadakan di Hotel Equatorial, Melaka. Semoga usaha ini mendapat kejayaan. Sokongan daripada ahli-ahli PERSADA serta JPBD sangat diperlukan bagi menjayakan usaha murni ini.

 

 (sila klik pada gambar untuk besarkan)

 
 
1
Copyright 2014.All rights reserved. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia