PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA
MALAYSIAN TOWN & COUNTRY PLANNING OFFICERS ASSOCIATION
1
 
LAMAN UTAMA
   Berita
   Perutusan Presiden
MENGENAI KAMI
JAWATANKUASA
BIRO
AKTIVITI
KEAHLIAN
HUBUNGI KAMI
P E R U T U S A N   P R E S I D E N
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke Laman Sesawang PERSADA. Genap setahun perubahan pucuk pimpinan PERSADA dan sempena Mesyuarat Agung PERSADA kali ke-XIX pada 19 Mac 2014, kami kembali berinteraksi dengan anda semua melalui laman sesawang yang berwajah baharu, lebih berinteraktif dan lebih berinformatif.

Laman Sesawang ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) yang baharu, Ybhg. Dr. Dahlia binti Rosly merangkap penanung baharu kepada PERSADA bermula tanggal 26 Februari 2014 yang lalu.

 

Semoga PERSADA di bawah naungan beliau akan terus berkembang aktif di dalam memperjuangkan martabat profession pegawai perancang bandar dan desa sektor awam selari dengan arah tuju JPBDSM sebagai peneraju bidang perancangan bandar dan desa di negara ini.

Alhamdulillah, laman sesawang PERSADA kali ini dilengkapi dengan informasi terkini menyentuh perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti, struktur pentadbiran dan pangkalan data keahlian warga PERSADA. Tidak ketinggalan kemudahan memuat turun pelbagai dokumen dan borang di samping menyediakan media interaktif di kalangan warga PERSADA terutama untuk membincangkan isu-isu berkaitan profession pegawai perancang bandar dan desa sektor awam di negara ini. Mendengar dan mendapat maklumbalas langsung daripada anda semua membolehkan PERSADA bergerak seiring dengan keperluan semasa dan kekal relevan sebagai wadah utama dalam memperjuangkan masa depan profession yang kita banggakan ini.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih dirakamkan kepada semua yang terlibat di dalam merealisasikan laman sesawang ini.

Sekian, terima kasih.

 

Haji Mohd Anuar bin Maidin

 
1
Copyright 2014.All rights reserved. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia