1
 
LAMAN UTAMA
   Berita
   Perutusan Presiden
MENGENAI KAMI
JAWATANKUASA
BIRO
AKTIVITI
KEAHLIAN
HUBUNGI KAMI
T E R K I N I
 
 
17.11.2015
1

1
PERUMAHAN MAMPU MILIK : RESOLUSI BUKIT TINGGI
1

Dalam RMK 11, disebutkan beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh kerajaan dalam memastikan B40 dapat meningkatkan pendapatan dan kekayaan serta bagaimana mereka menangani peningkatan kos sara hidup. Salah satu fokus yang diberikan dalam RM11 ialah pemilikan atau menyediakan persekitaran tempat tinggal yang berkualiti bagi golongan B40. B40 ialah isi rumah (yang mempunyai empat ahli keluarga) berpendapatan bulanan kurang dari RM2,500. Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah 2014 mencatatkan 2.7 juta isi rumah sedemikian dengan 63% di luar bandar dan 37% di dalam bandar. Dalam RMK10, pemilikan rumah B40 di dalam kawasan bandar adalah sebanyak 595,404 isi rumah bermakna sebanyak 403,596 isi rumah masih belum memiliki rumah. Manakala bagi kawasan luar bandar, sebanyak 1.4 juta isi rumah telah memiliki rumah dan sebanyak 338,499 isi rumah masih belum memiliki rumah di Malaysia. Usaha membina perumahan mampu milik bagi isi rumah ini perlu diteruskan bagi mencapai sasaran semua isi rumah di Malaysia memiliki rumah.

Malangnya, industri pembinaan perumahan mampu milik seolah-olah terhenti apabila hampir setiap projek perumahan menyajikan rumah yang berharga lebih daripada kemampuan isi rumah ini, terutama di kawasan bandar. Berdasarkan kajian, pada tahun 2001-2009, kenaikan harga rumah sebanyak 3.2% dan pada tahun 2011-2013 kenaikannya sehingga 10%. Ini adalah kerana industri perumahan telah bertukar kepada perumahan moden, perumahan kos mewah (atas permintaan) serta ekslusif. Disamping manipulasi harga pasaran oleh para-para spekulator, peningkatan permintaan perumahan mampu milik telah diabaikan dengan membina rumah-rumah jenis ekslusif ini. Kerajaan perlu mempunyai makenisme jelas supaya gejala ini tidak berterusan serta mengakibatkan peningkatan mendadak B40 yang tidak memilik rumah dalam RMK11.

Kawalan terhadap pemaju yang meletakkan kadar keuntungan yang tidak munasabah dalam pemajuan hartanah perlu dibuat. Sebagai contoh, di US kadar keuntungan (profit margin) 12%, UK (17%), Thailand (14%). Di Malaysia, kadar keuntungan bagi suatu pemajuan puratanya adalah sebanyak 21% malahan ada yang mencapai lebih daripada 50%. Kadar keuntungan tinggi ini terjadi disebabkan tiada kawalan yang bersepadu terhadap harga rumah. Sebagai contoh, kajian Khazanah dalam Housing affordability index (Mampu bermaksud harga rumah kurang daripada 3 kali pendapatan sederhana isi rumah). Berdasarkan Indeks Bank Dunia pula, semua negeri di Malaysia (kecuali Terengganu dan Kelantan) harga rumah yang ditawarkan tidak mampu milik oleh golongan B40 ini. Harga rumah teres di kawasan bandar pula adalah 8 kali ganda daripada purata pendapatan tahunan B40.

Isu kurangnya perancangan bersepadu serta koordinasi dalam penyediaan rumah mampu milik juga perlu diselesaikan. Isu ini menyebabkan banyak perumahan mampu milik yang disediakan tidak menepati golongan sasar sepatutnya. Ada juga isu pemilikan rumah mampu milik ini dibeli atau dimiliki oleh golongan yang bukan B40 dan disewakan kepada orang lain. Keadaan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada kadar pemilikan rumah di Malaysia bagi golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, keperluan penyediaan pangkalan data perumahan dilakukan supaya perancangan mensasarkan pemilikan rumah mampu milik kepada golongan sasar tercapai. Ia perlu mempunyai aplikasi yang bersepadu dengan maklumat-maklumat dalam rangkaian data sedia ada negara seperti Jabatan Pendaftran Negara, LHDN, KWSP, dan sebagainya. Pembinaan aplikasi atas talian yang mampu mencari golongan sasar sehingga melakukan 'matching' terhadap keperluan kemampuan (pendapatan) serta lokasi rumah yang hendak dibeli.

Banyak lagi isu yang perlu diteliti bagi menjayakan perancangan ke arah merumahkan rakyat. Semasa CityTALK 2015 di Bukit Tinggi, pakar-pakar yang dijemput khas telah mengupas isu dan cabaran ini dengan baik sekali sehingga 10 resolusi telah dipersetujui untuk dibawa kepada pihak berwajib. (muat turun resolusi)

 

Pembentangan Kertas di CityTalk Bukit Tinggi

Kertas 1: Kerangka dan Agenda; Aspirasi Kerajaan Dalam Merumahkan Rakyat (muat turun kertas)

Kertas 2: 'Rumah Selangorku'; Dasar dan Langkah-Langkah Perancangan Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (muat turun kertas)

Kertas 3: Urban Affordable Housing (maklumat TERHAD)

Kertas 4: Making Housing Affordable - Issues of Housing Affordability in Malaysia (muat turun kertas)

 

 
 
1
Copyright 2014.All rights reserved. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia