Previous Next

KEJOHANAN GOLD PERSADA 2018

KUALA LUMPUR 20hb. Julai 2018
oleh Admin TR PERSADA

PERSADA akan menganjurkan Kejohanan Golf Tahun 2018 pada 14 Julai 2018 bertempat di Kota Serimas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan. Semua ahli PERSADA, Ketua-ketua Jabatan (PLANMalaysia), Pelabur dan perniaga, konsultan dan pemaju adalah dijemput untuk menyertai kejohanan ini.

Kejohanan akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh “Royal and Ancient Golf Club of St. Andrew’s” serta Undang-undang Tempatan Kelab Golf;

Kejohanan juga akan dijalankan secara “Stableford” selepas 18 lubang. Manakala pelepasan kejohanan akan dilakukan secara “short-gun” mulai 8.00 pagi;

Semua pemain dikehendaki mematuhi peraturan “slow play” yang telah ditetapkan;

Sekiranya berminat, sila hubungi AJK PERSADA untuk keterangan lanjut dan bagi mendapatkan borang penyertaan;

Hubungi:
En Nazrie - 013-222 2201
En. Mohd Syamsul Arief - 019-355 8725

Tunjukkan bakat anda, kalau tidak di sini, di mana lagi?