Previous Next

PROGRAM 'WHITE WATER RAFTING, CAVING & CAMPING @ GOPENG, PERAK

KUALA LUMPUR 1hb. Jun 2018
oleh Admin TR PERSADA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua sahabat-sahabat Pegawai Perancang Bandar dan Desa sama ada di PLANMalaysia, PBT atau di lain-lain agensi kerajaan. Kami akan menganjurkan satu aktiviti white water rafting seperti butiran berikut:

Tarikh:
29 – 30 September 2018 (Sabtu – Ahad)

Lokasi:
Outworld White Water Center & Basecamp, Gopeng, Perak.
(Koordinat: 4.429714, 101.180445)

Yuran:
1. Ahli PERSADA – RM180.00
2. Bukan Ahli PERSADA – RM220.00

*(Yuran termasuk penginapan, 1 kali makan malam (BBQ), 1 kali sarapan, 1 kali makan tengahari)

Penginapan:
1. Bilik (4 unit, 5 orang/ unit)
2. Khemah keluarga (4 unit, 4 katil/unit)
3. Khemah biasa (8 unit, 6 orang/unit)

Kaedah pembayaran:
2 kali kaedah bayaran – Bayaran pertama (50% daripada yuran) pada atau sebelum 27 Julai 2018. Bayaran kedua (bayaran penuh) pada atau sebelum 30 Ogos 2018. Tiada pembatalan dalam tempoh 1 minggu sebelum aktiviti dijalankan. Tujuan pengesahan bayaran dan penyertaan adalah bagi memuktamadkan bilangan bot yang perlu digunakan, bilangan pilot/skipper yang diperlukan dan tempahan bilik / khemah dan makan / minum.

Aras (level) jeram:
Level 1-2 bergantung kepada faktor cuaca.

Tempoh rafting:
1 jam setengah – 2 jam mengikut kelajuan biasa dan bergantung kepada kekerapan berhenti

Bilangan peserta:
Minima pax adalah 6 orang dan tiada bilangan maksima. Cecah bilangan minima pax, aktiviti ini kira jadi.

Jadual Aktiviti:
Hari Pertama (29 September 2018, Sabtu)
2.00 petang – Ketibaan peserta
3.00 petang – Aktiviti white water rafting
5.00 petang – Aktiviti bebas
8.00 malam – Makan malam (BBQ)

Hari Kedua (30 September 2018, Ahad)
8.00 pagi – Sarapan pagi
10.00 pagi – Meneroka Gua Tempurung
12.00 pagi – Makan tengah hari dan bersurai.

Lain-lain maklumat:
1. Dianjurkan oleh syarikat profesional dengan guide yang terlatih.
2. Takut air? Usah bimbang dan risau. Insya Allah, keperluan seperti life jacket dan helmet adalah wajib dipakai. Sesi taklimat keselamatan dan water confident juga akan dilaksanakan sebelum memulakan perjalanan.
3. Setiap bot akan dikemudi oleh pilot/skipper yang berpengalaman dan friendly.

Hubungi:
En. Mohd Syamsul Arief (019-3558725