Previous Next

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI RAYA PERSADA 2018 - Syawal Bermakna Di Rai Bersama

KUALA LUMPUR 28hb. Jun 2018
oleh Admin TR PERSADA

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

PERSADA dengan ini ingin memaklumkan mengenai Majlis Sambutan PERSADA Berhari Raya. Sambutan ini merupakan jamuan hari raya yang diadakan setiap tahun di mana tahun ini AJK PERSADA memilih tema Syawal Bermakna Di Rai Bersama. Tema ini merujuk kepada bertapa bermaknanya Syawal pada tahun ini apabila ianya di rai dengan kebersamaan dalam kerjasama untuk menerajui bidang perancangan bandar dan desa yang inklusif dan dinamik.

YBhg. Dato'/Datin/Dr/TPr/Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama merai majlis sambutan dan jamuan hari raya ini dengan membuat tempahan awal. Ini bagi mengelakkan tempahan makanan secara berlebihan dan berlaku pembaziran. Bayaran tempahan tempat sebanyak RM20 seorang dikenakan bagi tujuan pengesahan dan sebagai komitmen ahli.

Untuk Tempahan, sila hubungi,

Pn Mazisakwani - 012-374 7069
Pn Rohana - 019-335 5771

Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin.

"Syawal Bermakna Di Rai Bersama"