Previous Next

Kunjungan Hormat ke Pejabat YBhg. Dato' TPr. Haji Mohd. Anuar bin Maidin

Kuala Lumpur 17hb. Oktober 2019
oleh AJK PERSADA

AJK PERSADA 2019/2021 telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat YBhg. Dato’ TPr. Haji Mohd. Anuar bin Maidin. Kunjungan kali ini adalah bagi menyampaikan beberapa hasrat PERSADA serta memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam tahun 2019 dan tahun 2020.

Selain itu, pelancaran e-buku PERSADA juga diadakan hari ini. Ia sebahagian daripada cabang projek LOREK yang diwara-warakan sebelum ini. E-buku ini merupakan karya indie PERSADA yang menghimpunkan penulisan santai bertujuan mempromosi bidang perancang bandar. Tajuk keluaran kali ini adalah PENA (akan dimaklumkan kelak untuk dimuat turun secara percuma).

Semoga hubungan kerjasama PLANMalaysia dan PERSADA diteruskan dengan beberapa cadangan yang diilhamkan sendiri oleh YBhg. Dato' KP selaku penaung PERSADA. Beliau berharap, program-program PERSADA juga perlu sampai ke PBT-PBT yang juga pegawai perancang bandarnya merupakan ahli PERSADA.