Previous Next

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2020

Putrajaya 8hb. November 2020
oleh AJK PERSADA

Presiden dan AJK PERSADA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perancangan Bandar Sedunia kepada semua perancang bandar. Tema HPBS 2020 adalah Norma Baharu - Perancangan Melangkaui Kelaziman

Secara asas, perancangan bandar adalah proses pertembungan teknikal dan politik yang dibuat dalam menyediakan keputusan penggunaan tanah dan reka bentuk masyarakat bandar yang diinginkan. Perancangan bandar akan memastikan bahawa pembangunan adalah teratur bagi masyarakat manusia menikmati penghidupan yang baik dan selesa. Oleh kerana penduduk terus menghadapi tekanan pembangunan yang tidak berkesudahan, pertumbuhan penduduk meningkat, dan perubahan iklim, maka adalah penting bagi seorang perancangan bandar memastikan semua aspek ini seimbang.

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat banyak mengajar perancang bandar bahawa tiga (3) prinsip asas yang perlu dipegang dalam memastikan keseimbangan pembangunan iaitu sesuatu perancangan pemajuan perlu mengambil kira Hubungan diantara Manusia dengan Manusia, Manusia dengan Pencipta dan Manusia dengan Alam Persekitaran.

Selamat Hari Perancangan Bandar Sedunia dan Selamat Menyambut 100 Tahun Perancang Bandar di Malaysia.

#perancangbandar
#hpbs2020
#100PBM

 
SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2020 Facebook App on Friday, 5 December 2014