Previous Next

PEMILIHAN AJK PERSADA BAGI SESI TAHUN 2021/2023

Putrajaya 30hb. November 2020
oleh AJK PERSADA

(Berita dikemaskini)

NOTIS PEMBERITAHUAN PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA (PERSADA) BAGI SESSI 2021/2023 MENGIKUT PERUNTUKKAN PERLEMBAGAAN PERSADA

Adalah dimaklumkan, tanpa prejudis dan menurut kuasa yang diperuntukan di bawah Fasal 10, Perlembagaan PERSADA, dan merujuk keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Kali 25 Tahun 2020 PERSADA yang telah diadakan, satu pemilihan bagi pembentukkan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sessi 2021/2023 akan diadakan semasa Mesyuarat Agung PERSADA yang dijangka diadakan pada bulan Februari 2021.

Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan pemilihan AJK PERSADA dilakukan tanpa bercanggah dengan peruntukkan perlembagaan dan juga sebagai persediaan kemungkinan diadakan pengundian secara atas talian berikutan ketidak pastian fonomena Covid 19, pihak PERSADA akan mengedarkan borang pencalonan dahulu sebagai langkah awal untuk membolehkan ahli PERSADA diberi ruang dan hak bagi mencadangkan barisan AJK yang akan bertanding semsa AGM nanti.

Pihak PERSADA menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/ Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama terlibat dan menggunakan hak masing-masing untuk mengemukakan cadangan calon AJK PERSADA Sessi 2021/2023 untuk dipertandingkan semasa AGM. Borang pencalonan boleh dimuat turun dengan mengimbas QR Code yang disediakan. Borang yang telah lengkap diisi beserta tandatangan bolehlah dihantar sebelum atau pada 15 Januari 2023/ atau tarikh lanjutan yang dipersetujui AJK PERSADA. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubunggi saya melalui email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Bersama-samalah membantu PERSADA untuk memilih calon yang berkaliber bagi memperkukuhkan PERSADA sebagai persatuan yang boleh dipercayai dan ulung dalam membela profesion perancang bandar sektor awam dan terus relevan menjadi pemangkin pembangunan negara. Anda mampu merubahnya, PERSADA memilih.

Anda juga boleh klik pautan ini https://cdn.dtxcloud.com/prodassets/BORANG_PENCALONAN_AJK_PERSADA_2021_2023.pdf untuk terus mendapatkan borang pencalonan.

#PERSADAmemilih2021
#Andamampumerubahnya — di PLANMalaysia.