Previous Next

NOTIS LANJUTAN TEMPOH MENGEMUKAKAN BORANG PENAMAAN CALON AJK PERSADA BAGI SESI TAHUN 2021/2023

Putrajaya 14hb. Januari 2021
oleh AJK PERSADA

(Berita dikemaskini)

NOTIS : LANJUTAN TEMPOH MENGEMUKAKAN BORANG PENAMAAN PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA BAGI PEMILIHAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA (PERSADA) BAGI SESI 2021/2023

Merujuk notis sebelum ini, tarikh akhir penghantaran borang penamaan calon AJK PERSADA bagi sesi 2021/2023 adalah pada 15 Januari 2021, namun demikian pihak PERSADA telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penghantaran borang sehingga 15 Februari 2021, ini kerana secara tentatifnya tarikh AGM PERSADA Kali Ke 26 akan berlangsung pada 2 Mac 2021.

Borang pencalonan masih menggunakan borang yang dihantar sebelum ini. Dimohon komitmen dan penyertaan semua dalam mencadangkan calon bagi memastikan kelangsungan dan memartabatkan PERSADA.

Sekian, terima kasih

TPr Mohd Zainuddin Jumaat
SETIAUSAHA PERSADA