Previous Next

PERSADA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BAHARU CINA BAGI TAHUN 2021

Putrajaya 11hb. Februari 2021
oleh AJK PERSADA

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting untuk orang berbangsa Cina dalam menyambut tahun baharu mengikut kalendar Qamari Cina.
Kalendar Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Untuk tahun 2021, perayaan tahun baru cina (Tahun Lembu) akan disambut oleh rakyat Malaysia yang berbangsa Cina pada tarikh 12 Februari 2021

Tahun Baharu Cina juga dianggap sebagai detik permulaan (kosong-kosong), titik permulaan juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan yang mendatang.
Presiden dan AJK PERSADA ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada ahli-ahli PERSADA yang menyambutnya dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Malaysia akan terus berada dalam permulaan yang baik bagi mengharungi tahun 2021.

#StaySafe
#StayHealthy

- Admin TR