Previous Next

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KALI ke26 TAHUN 2021 (AGM PERSADA)

Putrajaya 17hb. Februari 2021
oleh AJK PERSADA

[NOTIS AGM PERSADA]

KEPADA AHLI-AHLI PERSADA

YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/ Datin/Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KALI 26 TAHUN 2021 (AGM PERSADA)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas adalah berkaitan.

Sehubungan itu, tanpa prejudis dan menurut kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 9(3), Perlembagaan PERSADA, satu Mesyuarat Agung Kali 26 Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) akan diadakan seperti ketetapan dan butiran berikut. Untuk makluman semua, selaras dengan saranan Kerajaan dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak PERSADA akan mengadakan AGM PERSADA secara atas talian sepenuhnya.

Tarikh : 2hb. Mac 2021 ( Selasa )

Masa : 9.00 pg

Tempat : Secara atas talian sepenuhnya (link akan diberikan melalui email yang didaftarkan)

Bagi maksud itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan perlulah mengisi pengesahan kehadiran menggunakan google form yang disediakan sebelum atau pada 27 Feb. 2021. Link atas talian akan dihantar melalui email yang didaftarkan, hanya yang mendaftar di dalam google form sahaja yang dibenarkan hadir bagi memudahkan urusan perjalanan AGM.

Sila klik di sini Pautan pendaftaran borang kehadiran ATAU Imbas QR Code di bawah ini.

KodQR NotisMesyuarat Agung26 2031

Saya yang menjalankan amanah,

TPr Mohd Zainuddin Jumaat
Setiausaha PERSADA

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH..

Terima kasih