Previous Next

PERSADA MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA KEPADA YBRS TPr. NORASIAH BEE BT. MOHD. HANIFF

Putrajaya 24hb. Februari 2021
oleh AJK PERSADA

[Ucapan]

Presiden dan AJK PERSADA ingin merakamkan ucapan persaraan kepada YBrs. TPr Norasiah Bee bt. Mohd Haniff (Cik Shabee), semoga sentiasa cergas dan ceria. Ucapan Selamat Ulangtahun kelahiran juga kami tujukan buat Cik Shabee semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kesejahteraan serta kerahmatan Allah SWT.

Terima kasih di atas segala sumbangan kepada jabatan serta idea, pandangan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada seluruh ahli PERSADA.

Selamat Ulangtahun Kelahiran dan Selamat Bersara.

Pandai terbilang putera perkasa,
Tengok puteri akar dicari,
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.

Perigi puan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi puan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

#StaySafe
#StayHealthy

- Admin TR