Previous Next

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KALI 26 TAHUN 2021 (AGM PERSADA)

Putrajaya 3hb. Mac 2021
oleh AJK PERSADA

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERSADA ke-26 telah usai dijalankan dengan lancar. Mesyuarat diadakan secara dalam talian dan telah mencatatkan kehadiran seramai 137 ahli termasuk 20 orang hadir secara fizikal. Tahniah diucapkan kepada semua AJK PERSADA sesi 2019/2021 atas penganjuran kali ke-2 mesyuarat dalam talian. Tahniah semua!

Mesyuarat pada kali ini telah bersetuju melantik barisan AJK sesi 2021/2023 melalui e-UNDI. Tahniah kepada barisan AJK baharu dan teruslah mendukung hasrat dan cita-cita ahli bagi meletakkan PERSADA di aras yang lebih tinggi. Perjuangan kita belum selesai.

Kepada pemenang cabutan bertuah, tahniah dan yang belum bertuah teruslah menyokong PERSADA. Semoga ada sinar buat semua.

Presiden dan AJK PERSADA Sesi 2019/2021 melabuhkan tirainya pada hari ini. Didoakan PERSADA terus maju dan jaya bersama Nakhoda dan pimpinan baru AJK sesi 2021/2023.

Terima kasih - Syukran - Thank you - Xie xie - Nandre - Salamat Poo - Gracias - Grazie - Danke - Merci - Obrigado - Takk - Dank Je - Arigato - Kamsahamnida - Kwap Khun Krap

Admin TR HB SBM
2 Mac 2021

 

Butiran mesyuarat Agung PERSADA kali ke 26 telah berlangsung seperti di bawah ini.


KEPADA AHLI-AHLI PERSADA

YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/ Datin/Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KALI 26 TAHUN 2021 (AGM PERSADA)

Jangan lupa temu janji kita hari ini:

Tarikh : 2hb. Mac 2021 ( Selasa )

Masa : 9.00 pg

Tempat : Secara atas talian sepenuhnya (link akan diberikan melalui email yang didaftarkan)
Mohon hadir 10 minit sebelum awal.

Agenda: Mohon ke laman web rasmi PERSADA www.persada.org.my untuk muat turun

Atau klik pautan di sini, muat turun Laporan Minit Mesyuarat Agung PERSADA Tahun 2020.

Selamat bermesyuarat semua.

* KERJASAMA * KESABARAN * KEJAYAAN *

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH..

Terima kasih
Admin HB 
02032021