Previous Next

PERSADA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Putrajaya 8hb. Mac 2021
oleh AJK PERSADA

Hari Wanita Sedunia di sambut pada 8 MAC setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi.

PERSADA ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia dan terus kekalkan prestasi cemerlang dalam profesion perancangan bandar dan desa di Malaysia.
Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Nisbah jantina semasa di Malaysia adalah 106 orang lelaki bersamaan 100 orang perempuan. Pada 2020, Indeks Jurang Gender Global (IJGG) bagi Malaysia adalah 0.68 (skor 1 bermaksud saksama mutlak dan 0 ketaksamaan mutlak). Skor ini meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai jurang gender luas dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Mari kita bersama dalam merapatkan jurang antara wanita dan lelaki dari segi penyertaan ekonomi dan peluang, pendidikan, kesihatan serta penyertaan politik.
Semoga elemen “Gender Responsiveness” terus diterap dalam bidang perancangan bandar dan pembangunan negara bagi merangka strategi, polisi, pengurusan bajet dan tindakan penyertaan di peringkat tempatan.

Selamat Hari Wanita Sedunia!