Previous Next

TAHNIAH KEPADA PERBADANAN PUTRAJAYA PRESTASI CEMERLANG MURNInet

Perbadanan Putrajaya 13hb. Mac 2021
oleh AJK PERSADA

YBrs. TPr Gs Dr. Ketua Pengarah PLANMalaysia telah dijemput oleh Perbadanan Putrajaya bagi menyampaikan Penghargaan Bandar Mampan (MURNInets 2.0) dan Anugerah Kejiranan Hijau 2020 (AKH2020) memandangkan penyampaian hadiah tidak dapat diberikan semasa Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2020 pada 10 November yang lepas.

Anugerah - anugerah yang disampaikan adalah *Penghargaan Bandar Mampan dan Anugerah Kejiranan Hijau*.

Majlis ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi Perbadanan Putrajaya; pegawai-pegawai kanan Perbadanan Putrajaya; rakan-rakan strategik MURNInet dan inisiatif bandar hijau rendah karbon; Pegawai kanan Kementerian Wilayah Persekutuan; serta Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia.

PERSADA merakamkan ucapkan tahniah kepada Perbadanan Putrajaya dalam mengekalkan prestasi cemerlang MURNInet 2.0.

*MAJLIS PENYAMPAIAN*
*PENGHARGAAN* *BANDAR MAMPAN (MURNInets 2.0) DAN*
*ANUGERAH KEJIRANAN HIJAU 2020 (AKH2020)*