Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KE YBHG. TPr Gs DR. SHAMSAINI BINTI SHAMSUDDIN

Putrajaya 24hb. April 2021
oleh AJK PERSADA

Kunjungan Hormat kepada YBhg. TPr Gs Dr. Shamsaini Binti Shamsuddin, Ketua Pengarah PLANMalaysia merangkap Penaung PERSADA oleh YBrs. Dr. Muhammad Hakimi Mohd Hussain, Presiden bersama YBrs. Dr. Mohd Rizal Osman, Naib Presiden 1 dan TPr Annie Syazrin Ismail, Naib Presiden 2.

Kunjungan Hormat ini melibatkan penyampaian watikah pelantikan dan turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa 2021/2023 yang telah dilantik semasa pemilihan di Mesyuarat Agung PERSADA Kali 26 yang telah diadakan pada 2 Mac 2021. Pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu kali ini lebih inklusif kerana mereka mewakili peranan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di peringkat Pusat, agensi kerajaan (CLBG), Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam membentuk sebuah kesatuan dan unity.

Terdapat 4 Biro PERSADA yang baharu dan dipersetujui iaitu:
- Biro Media dan Publisiti
- Biro Pembangunan Kerjaya dan Sukan
- Biro Antarabangsa dan Rakan Strategik
- Biro Kebajikan dan Sosial

Pada Kunjungan Hormat ini juga turut dilancarkan dan memperkenalkan tagline baharu iaitu :
*PERSADA For All, Be OK With Us*
*PERSADA Untuk Semua, Anda OK Bersama Kami*

Tagline yang khusus ini bertujuan melebar luaskan persatuan supaya relevan dan dekat di hati semua ahli dalam menyumbangkan peranan masing-masing ke arah sebuah profesion yang terbaik di Malaysia demi pembangunan sejagat dan perancangan kehidupan manusia yang mampan. Di samping itu, isu-isu kebajikan pegawai akan terus diperjuangkan dan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan akan diperhalusi.
Pada sesi kunjungan ini, antara amanat Penaung adalah perlu berani mendepani cabaran baharu, memiliki ilmu yang mahir dan sesuaikan diri dengan peredaran semasa. Pelbagai pandangan telah diutarakan dan bertukar idea bagi memastikan program PERSADA sepanjang sesi 2021/2023 dapat berjalan lancar dan terus mendapat sokongan Penaung dan semua ahli.
Selamat Maju Jaya buat semua, dan mohon doakan Amanah ini berjalan lancar.

#PERSADAforAll
#BeOkWithUs
#100yrsPBM