Previous Next

PENGUCAPAN AWAM SANTAI DI PERSADA MIC ON

Putrajaya 24hb. April 2021
oleh AJK PERSADA

PERSADA MIC ON merupakan satu program archive pengucapan awam secara santai melalui perkongsian 5 minit video tanpa melihat teks oleh ahli PERSADA bagi topik perbincangan yang berkaitan dengan perancangan bandar atau perbandaran.

Objektif program adalah :
*Merupakan platform baharu yang diwujudkan oleh PERSADA dalam menggalakkan budaya berkongsi ilmu secara mudah difahami dan dekat di hati semua ahli.*
*Usaha memperkasakan pegawai-pegawai dalam menyampaikan maklumat dan pengucapan awam dengan jelas, artikulasi, dan memahami ‘subject matter’ dengan baik.*
*Melahirkan lebih ramai pegawai perancang bandar yang boleh menjadi seorang penceramah/pembentang/ahli panel dan sekaligus akan melahirkan lebih ramai pemikir dalam mendepani cabaran baharu serta berkongsi secara ilmiah penyelesaian isu perbandaran semasa.*

Penyertaan boleh dihantar secara ‘self-record’ video berdurasi 5 minit dengan sistem audio dan visual yang jelas kepada email berikut :
*This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.* atau *This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.*

Format video hendaklah direkodkan secara ‘horizontal’ dan perlu menggunakan tripod bagi menjamin kualiti video yang dihasilkan. Proses suntingan video akan dilakukan oleh PERSADA bagi menjaga kualiti, copyright dan selingan maklumat tambahan yang lain.

Progam ini dijayakan sepanjang sesi 2021/2023 oleh PERSADA di bawah:

BIRO PEMBANGUNAN KERAJAYA DAN SUKAN
BIRO MEDIA DAN PUBLISITI

#persadaforall
#BeOKWithUs


PERSADA MIC ON

Topik 1: Finland, Negara Paling Bahagia di Dunia
Speaker : @rasyidahyusri
Kredit : ML Studios




PERSADA MIC ON

Topik 2: Kenapa Bandar Mampan dan SDGs?
Speaker : Dr. Mohd Rizal Osman
Nota:
Perbincangan ini merupakan pendapat peribadi tetamu jemputan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Maklumat tangkap layar sekunder adalah daripada sumber asal Internet dan PERSADA ingin mengucapkan terima kasih di atas perkongsian Individu/Organisasi/Agensi tentang maklumat yang digunakan dan ianya adalah masih kekal sebagai hakmilik pemiliknya walaupun tiada kredit dinyatakan.

 


PERSADA MIC ON

Topik 3: Berapa Sebenarnya Bilangan Kampung Yang Patut Kita Tahu?
Speaker : TPr Mohamad Sabri Ahmad
Bahagian Perancangan Wilayah, PLANMalaysia

Nota:
Perbincangan ini merupakan pendapat peribadi tetamu jemputan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Maklumat tangkap layar sekunder adalah daripada sumber asal Internet dan PERSADA ingin mengucapkan terima kasih di atas perkongsian Individu/Organisasi/Agensi tentang maklumat yang digunakan dan ianya adalah masih kekal sebagai hakmilik pemiliknya walaupun tiada kredit dinyatakan.

#PERSADAforAll
#BeOkWithUs
#100yrsPBM