Previous Next

KERJAYA HEBAT SEBAGAI PERANCANG BANDAR DAN DESA DI MALAYSIA

Putrajaya 13hb Jun 2021
Berita

Buat julung kalinya Persatuan Perancang Bandar dan Desa Malaysia memperkenalkan platform sebaran ilmu dan sesi perkongsian secara terbuka yang diberi nama sebagai AGENDA PERSADA!

Siri pertama AGENDA PERSADA akan membawa topik khusus buat calon STPM dan SPM yang akan mengisi borang permohonan masuk ke Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi - “Kerjaya Hebat Sebagai Perancang Bandar dan Desa di Malaysia”.

Melalui siri pendedahan ini akan dapat memberikan penerangan yang jelas tentang prospek kerjaya sebagai ‘Perancang Bandar dan Desa’ sama ada di peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi dan swasta di Malaysia ataupun kerjaya di luar negara.

Daftar penyertaan anda secara percuma hari ini di sini dan tempat adalah terhad.

Temui tiga personaliti yang akan memberikan penerangan yang mudah kepada adik-adik iaitu
Uncle Kimi,
Uncle Zal,
Aunty Anne.

Tarikh : 19 Jun 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Platform : Google Meet (link akan diberikan kepada yang telah berdaftar)

Jumpa Nanti!

#AgendaPERSADA
#PERSADAforAll
#BeOkWithUs
#100yrsPBM See Less

BM