Previous Next

BERITA BAIK SEMPENA KEMPEN BAYAR YURAN PERSADA FABULOUS
Putrajaya 16hb Ogos 2021
Berita

Berita baik kepada semua ahli dan bakal ahli!

*Sempena ulang tahun ke-30 PERSADA* pada tahun ini, PERSADA memberi peluang kepada semua Ahli Biasa yang mempunyai yuran tertunggak untuk menyelesaikan semua yuran tertunggak dengan diskaun sehingga 30%. Selain itu, kepada ahli yang memiliki no keahlian xxx/2012 dan sebelumnya juga layak memohon untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan diskaun yuran sehingga 10%. Bukan itu sahaja, hadiah wang tunai berjumlah RM500 serta baucer tunai berjumlah RM900 bakal dimiliki oleh anda di dalam CABUTAN BERTUAH!

*Kriteria*
1. Diskaun 30% Yuran Tahunan tertunggak (2013 hingga 2020).
2. Diskaun 10% Yuran Ahli Seumur Hidup.
3. RM10 Baucer Tunai kepada setiap ahli yang mengemaskini sepenuhnya dBase Profile Ahli.
4. RM10 Baucer Tunai kepada ahli yang tidak mempunyai tunggakan Yuran Tahunan dan yuran Tahun Semasa (status sehingga 15 Ogos 2021).
5. RM10 Baucer Tunai kepada Ahli Seumur Hidup (status sehingga 15 Ogos 2021).
6. RM10 Baucer Tunai kepada Ahli Pesara (status sehingga 15 Ogos 2021).
7. Hadiah Wang Tunai berjumlah RM500 kepada 10 ahli bertuah dan RM30 Baucer Tunai kepada setiap 30 ahli bertuah (Peluang terbuka kepada semua ahli yang menyertai salah satu daripada Inisiatif Kempen SERTA Ahli Baru yang mendaftar sepanjang tempoh Kempen).

*Apa Perlu Buat?*
Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

Kelayakan ini untuk semua, tidak kira anda Ahli Seumur Hidup, Ahli Pesara, Ahli Biasa mahupun yang belum menjadi ahli.

*Tempoh kempen berakhir 31 Oktober 2021.*

*JK PERSADA SESI 2021/2023*

#Fabulous30
#PERSADAforAll
#BeOkWithUs
#100yrsPBM