Previous Next

SOALAN LAZIM SEMPENA KEMPEN BAYAR YURAN PERSADA FABULOUS
Putrajaya 16hb Ogos 2021
Berita


*FAQ KEMPEN BAYAR YURAN PERSADA*

*KADAR YURAN*
*Q : Saya tidak pasti status yuran saya.*
A : Semakan boleh dibuat di sistem dBase Profil Ahli di pautan https://rekodahli.persada.org.my/

*Q : Maklumat yuran saya yang terdapat di dalam sistem dBase didapati salah,*

A : Sila hubungi Bendahari di talian +60 19-514 2280 untuk semakan selanjutnya.

*Q : Berapakah kadar yuran yang perlu saya bayar semasa tempoh Kempen?*

A : Kadar yuran selepas diskaun ada dinyatakan di dalam BORANG KEMPEN. Walau bagaimanapun, anda perlu terlebih dahulu mengetahui jumlah tunggakan anda seperti yang dinayatakan dalam dBase Profil Ahli.

*Q : Adakah Yuran tahun Semasa dan akan datang layak untuk mendapat diskaun 30%?*

A : Tidak layak. Diskaun 30% hanya untuk Yuran Tertunggak dari tahun 2013 hingga 2020 sahaja.

*Q : Berapakah kadar yuran Ahli Seumur Hidup?*

A : Kadar biasa adalah RM300. Diskaun 10% diberi semasa tempoh kempen berlangsung. Walau bagaimanapun, anda hanya layak medapat salah satu diskaun sama ada 30% Yuran tertunggak ataupun 10% yuran ASH bagi ahli yang mempunyai yuran tertunggak.

*Q : Saya ada yuran tertunggak, adakah saya layak mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup?*

A : Ya, anda boleh mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup setelah menyelesaikan semua Yuran Tertunggak dan Yuran Tahun Semasa dengan syarat no keahlian anda adalah antara 1/91 hingga 522/2012. Potongan diskaun adalah seperti di dalam BORANG KEMPEN.

*Q : Berapakah tempoh menjadi Ahli Biasa untuk membolehkan saya layak mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup?*

A : 10 tahun. Untuk memudahkan rujukan anda, mana-mana ahli yang mempunyai no keahlian antara 1/91 hingga 522/2012 layak memohon sebagai ASH.

 

*SISTEM dBase PROFIL AHLI*

*Q : Saya gagal daftar masuk (log in) ke sistem dBase Profil Ahli*
A : Sila pilih [AHLI : GAGAL DAFTAR MASUK] pada soalan [STATUS DAFTAR MASUK KE dBase Profil Ahli] yang terdapat pada BORANG KEMPEN untuk kami mengambil tindakan selanjutnya.

*Q : Apakah yang terdapat di dalam dBase Profil Ahli?*

A : Selain maklumat peribadi, anda juga dapat menyemak Status Yuran anda, Sijil Keahlian anda dan nilai Baucer Tunai anda. Sijil Keahlian dan Baucer tunai akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa (jika terdapat perubahan. Anda hanya perlu imbas QR Code yang terdapat di dalam sistem dBase Profil Ahli anda.

 

*BAUCER TUNAI*

*Q : Apakah itu Baucer Tunai?*
A : Baucer Tunai merupakan nilai kredit anda yang boleh digunakan untuk menebus bayaran Yuran Tahunan termasuk sebahagian Yuran Ahli Seumur Hidup dan bayaran yuran program-program berbayar anjuran PERSADA pada masa hadapan.

*Q : Bagaimana saya ingin tahu nilai semasa Baucer Tunai saya?*

A : Anda boleh membuat semakan dengan mengimbas QR Code yang terdapat pada sistem dBase Profil Ahli anda dari masa ke semasa.