PERSADA CityTALK 2019 : Doktrin Perancangan Sejagat

PERSADA CityTALK 2019

KUALA LUMPUR 28hb. Februari 2019
oleh AJK PERSADA

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERSADA 2019. Satu program PERSADA CityTALK 2019 : Doktrin Perancangan Sejagat : Islah dan Tazkiyah akan diadakan seperti ketetapan di dalam flash banner di bawah.

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Doktrin Perancangan) merupakan hasil dari kepekaan dan kesedaran kepada kepentingan perkembangan manusia dalam pembangunan negara.

Bagi menyokong sepenuhnya Wawasan 2020, amalan-amalan perancangan semasa perlu diperbaiki supaya dapat memberi panduan yang komprehensif kepada usaha-usaha perancangan dan pembangunan negara.

Falsafah sejagat jelas menganjurkan pendekatan perancangan yang sistemetik dan rapi bagi menjamin kejayaannya. Berbagai-bagai bentuk kegagalan dan kemusnahan telah dapat dilihat merata-rata dunia kerana kecuaian dalam mengendalikan sesuatu pembangunan. Amalan perancangan pembangunan yang sempurna, berwawasan serta mengambil kira kepentingan kerohanian dan alam persekitaran adalah perlu bagi mewujudkan perancangan yang menyeluruh.Justeru, teras utama Doktrin ini ialah integrasi nilai kerohanian dalam perancangan hasil daripada jalinan 3 hubungan yang menjadi asas sesuatu masyarakat. Jom kita dengar kupasan UHH dalam Program PERSADA CityTALK 2019.

Anda boleh menghantar penyertaan melalui borang maklumbalas yang dihantar bersekali dengan surat notis pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan PERSADA 2019.

Hantarkan maklumbalas kehadiran tuan/puan melalui email.

Email umum persada :

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.