AGM PERSADA 2019 - Pemilihan AJK Baharu Sesi 2019-2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSADA 2019

KUALA LUMPUR 28hb. Februari 2019

oleh Admin TR (AJK PERSADA)

PERSADA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2019 (AGM 2019) yang akan di adakan di Menara Seri Wilayah, Precient 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada 7Mac 2019. AGM kali ini akan menentukan barisan harapan baharu yang akan memimpin PERSADA bagi Sesi 2019 - 2021. Kepada ahli-ahli berdaftar, marilah hadir beramai-ramai dan nyatakan sokongan anda kepada PERSADA.

__________________

KEMPEN?

Silakan. Anda berhak. Kebajikan Perancang Bandar ditangan anda!!!

Laman FB Page ini dibuka untuk sebarang Kempen Bakal Calon-Calon Presiden PERSADA dan AJK PERSADA bagi Sesi 2019/2021. Tetapi biarlah secara berhemah dan menggunakan kata-kata yang baik. Promosilah janji-janji kebajikan anda kepada ahli jika sekiranya anda dipilih. Promosi juga apa yang ahli boleh dapat dalam tempoh sesi anda menjadi AJK PERSADA dan akhir sekali promosikan juga bahawa kita adalah perancang bandar yang mendukung kesejagatan insaniah dan kerohanian dalam aspek perancangan bandar.

BAYARAN?

Percuma saja. Tak perlu bayar apa-apa. Melainkan anda mengupah orang untuk menyokong anda!!! ehmmm ada ker?

Tiada bayaran atau fee dikenakan. Namun sebarang artwork/poster/banner atau risalah perlu melalui tapisan admin supaya ianya terkawal dan tidak terkeluar daripada maksud 'gelanggang' ini dibuka. Segala perbelanjaan adalah tanggungan sendiri.

__________________

CARA?

Senang. Tak perlu start engin kereta. Tak perlu peluh-peluh kejar ke sana ke mari. Macam korang tu tak banyak kerja lain nak buat. Jangan buat-buat banyak kerja sudahlah.

Semua bahan adalah direkabentuk oleh penaja atau pencadang atau penyokong. Hantarkan kepada Biro Publisiti, Hebahan dan Laman Web PERSADA melalui email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

__________________

Selamat Memilih.

Kepada majikan, bakal majikan atau berkira-kira hendak menjadi majikan, jadilah 'bos' prihatin untuk membenarkan pegawai-pegawai anda menyertai himpunan memperkukuh kebajikan ahli persatuan ini. Anda tahu kesan baiknya sebab kata orang tua-tua, anda makan garam dulu daripada yang muda.

Sekian, terima kasih.

  Icon web laporantahunan Icon web suratjemputan

__________________

Sebarang komen yang menghasut atau keluar daripada norma-norma kebaikan atau mengandungi unsur-unsur lucah serta kritikan keterlaluan akan dipadam oleh admin.