Previous Next

Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon selatan telah diadakan pada 6 Mac 2014 bertempat di Majlis Perbandaran Seremban. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap JPBD Negeri dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah JPBD Negeri Sembilan, Pn. Kamariah bt Ibrahim. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.