Previous Next

Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon Negeri Kelantan telah diadakan pada 12 Mac 2014 bertempat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap JPBD Negeri Kelantan, URP Kota Bharu dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah JPBD Negeri Kelantan, Tn. Hj. Mohd. Fauzi bin Hj. Zain. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.