Previous Next

Satu Program Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan serta dialog silaturrahim bersama PERSADA bagi zon timur (Terengganu & Pahang) telah diadakan pada 5 Mac 2014 bertempat di Majlis Perbandaran Kemaman.

Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa dari setiap JPBD Negeri dan PBT termasuk OSC telah menghadiri program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tn. Hj. Mustafar bin Khalid. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta.