MESYUARAT PEGAWAI PERANCANG J44-J41

11-14hb. Ogos 2014
AJK PERSADA

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa J44-J41 Kali Ke-4 Tahun 2014 di Hotel Syuen, Ipoh pada 11 hingga 14 Ogos 2014. Mesyuarat ini disertai oleh pegawai-pegawai perancang bandar dan desa gred J41-J44 dari JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai-pegawai OSC dari semua PBT di Malaysia. Mesyuarat ini juga merupakan satu platform perkongsian ilmu dan pengalaman di antara para pegawai. Tema bagi mesyuarat ini ialah Urban Revitalization Through Brownfield Development.