Mesyuarat Agung PERSADA kali ke-23

26hb. Mac 2018

oleh AJK PERSADA

Telah diadakan pada 26 Mac 2018 jam 10.30 pagi bertempat di Kelab Shah Alam, Seksyen 13, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, YBrs. TPr Hajar Rokibah Bt. Abdul Latif yang juga merangkap Penaung PERSADA.

Persatuan juga telah menyediakan Program PERSADA Fat2FiT2FAB bertajuk ASPIRASI 2050 : SIHAT DAN HEBAT.

Panel-panel jemputan berpengalaman dijemput hadir bagi membincangkan topik berkenaan. Antaranya adalah Kartini bt. Dato' Ariffin (Perunding Kesihatan) dan En. Sazali bin Samad (Jaguh Bina Badan Negara). AJK PERSADA, Dr Alias Rameli telah diberi kepercayaan sebagai moderator dalam memudahcara program city talk tersebut. Ini merupakan kelainan yang PERSADA bawa sebagai selingan sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung PERSADA.